Selasa, 13 November 2012

Latihan BM



Latihan 1.
Buat 1 ayat tanya tanpa kata tanya.
Latihan 2
Buat ayat tanya yang menggunakan perkataan “berapa”, “bila”, “mana”, “kenapa”, “mengapa”.

Latihan 3.
Buat 1 ayat penyata.
Latihan 4.
Tandakan ( / ) pada ayat penyata dan ( X ) pada ayat-ayat lain yang diberikan di bawah ini.  

      1.Di manakah letaknya Menara Kembar Petronas?                                                          (     )
          2.Setiap kali musim perayaan Perhentian Pudu Raya penuh sesak dengan orang ramai. (     )
3.Fitri menaiki kereta siapa?                                                                                             (     )
      4.Sungai terpanjang di Semenanjung terletak di negeri Pahang.                                      (     )
      5.Usahlah awak bimbang tentang kesihatan anak saya.                                                   (     )
      6.Jemputlah hadirin sekalian menjamu selera.                                                                 (     )
      7.Kami sudah berjaya, cikgu!.                                                                                          (     )
      8.Sekolah Menengah Pemanis telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan   
         Dikir Barat peringkat negeri yang diadakan di Muar.                                                   (     )
      9.Janganlah kamu hendak menunjuk pandai di sini.                                                        (     )
    10.  Tolong ambilkan segelas air oren untuk saya.                                                             (     )

10 ulasan:

  1. Selamat sejahtera, saya berharap jawapan yang diberi adalah tepat.
    Latihan 1:Ibu memasak di dapur?
    Latihan 2:Mengapa kamu menangis?
    Latihan 3:Dia berlari di padang.
    Latihan 4:1.x 2./ 3.x 4./ 5.x 6.x 7.x 8./ 9.x 10.x

    BalasPadam
  2. Jawapan adik adalah tepat.Cikgu ingin membuat sedikit penerangan tentang ayat penyata.Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menunjukkan pernyataan, berita atau keterangan.Ayat ini selalu diakhiri tanda titik.

    BalasPadam
  3. Saya gemari Latihan 4.Jawapanku sama dgn suk yi.

    BalasPadam
  4. Latihan yg mencabar bg murid yg lemah dlm bina ayat.

    BalasPadam
  5. Murid harus digalakkan utk mempraktikkan diri dgn kerap membuat latihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Kita blh byk memberi galakan yg positif kpd murid.

      Padam
  6. Susunan margin dalam ruangan ini tidak tersusun. Sila susun dengan lebih rapi lagi.

    BalasPadam
  7. Terima kasih krn memberi cadangan. Saya mohon maaf atas masalah margin. Saya dpt membuat sikit penerangan. Saya tak seragamkan warna dan saiz tulisan atau margin inputku kerana saya ingin input dlm blogku kelihatan berbeza sikit dan tidak "boringkan"

    BalasPadam