Isnin, 12 November 2012

Ayat Tunggal

Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.  Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat biasanya diakhiri dengan tanda noktah.
 Contoh Ayat: Subjek - pemuda itu         Perdikat - bekerja keras untuk menyara keluarganya.
              Ayat Lengkap: Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya.
Ayat boleh wujud dalam dua keadaan: 1. Ayat biasa - mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang. 2. Ayat songsang - mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.
              AYAT TANYA Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat ini dapat dikenali berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Terdapat dua golongan ayat tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat ini tidak mempunyai kata tanya. Ayat ini diucapkan dalam intonasi suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Ayat ini dilambangkan dengan tanda ( ? ) di akhir ayat.
Contoh; Ayat Penyata: Ayah mencuci kereta di hadapan rumah.
              Ayat Tanya: Ayah mencuci kereta di hadapan rumah?
              Ayat Penyata: Rumah Liza terletak jauh dari sekolah.
              Ayat Tanya: Rumah Liza terletak jauh dari sekolah?
              Ayat tanya dengan kata tanya. Ayat ini disertai dengan kata tanya ‘apa’, ‘berapa’, ‘siapa’, ‘bila’, ‘mana’, ‘mengapa’ dan sebagainya. Tanda soal diletakkan pada akhir ayat. Kata tanya boleh juga diimbuhkan dengan partikel “-kah”. Namun begitu, partikel “-kah” tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
Contoh: Ayat tanya tanpa imbuhan partikel “-kah” seperti berikut:
Pemuda kacak itu siapa? Ali belajar dengan siapa? Benda itu apa? Ani mengatasi masalah itu bagaimana?
Contoh: Ayat tanya dengan imbuhan partikel “-kah”seperti berikut:
Siapakah pemuda kacak itu? Dengan siapakah Ali belajar? Apakah benda itu? Bagaimanakah Ani mengatasi masalah itu?

12 ulasan:

  1. Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa , iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
    Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.
    Subjek = Lelaki itu
    Predikat = sedang menembak burung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana memberi ulasan.Apa yang saudari nyatakan adalah ringkas dan padat.Saya berharap saudari boleh memberi ulasan lain kali lagi.

      Padam
  2. Apa yang saya fahami ialah ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
    - ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
    Sesuatu ayat merupakan binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.Contoh ayat ini terdiri daripada dua bahagian iaitu (i)Ahmad sedang dan bahagian (ii)membuat kerja rumah.
    Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yangmembentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predike tpula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada f rasa nama (FN), f rasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana memberi maklumat tambahan ini.marilah kami berkongsi lain kali.

      Padam
  3. Salam,
    Data anda ringkas dan padat.

    BalasPadam
  4. Bahan cikgu sangat berguna dalam P&P!

    BalasPadam
  5. bahan pengajaran padat dan jelas.

    BalasPadam
  6. Kalau boleh di lain kali sila selaraskan warna tulisan dengan bahan yang lain. Ini termasuklah saiz dan bentuk huruf untuk memperlihatkan keseragaman dalam blog.

    Input yang anda beri dalam blog cukup memuaskan, cuma keseragaman itu perlu dalam apa juga situasi. Maaf kalau saya terlalu banyak memberi komen... (your friend: Ahmad Rapail)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana komenkan.Maaf kerana ttg masalah keseragaman tu.Ini disebabkan saya suka tulisan yg berwarna-warni dan berbeza sikit supaya tidak bosan.Harap maklum dan mohon maafkan.

      Padam