Selasa, 13 November 2012

Latihan BM 2



Latihan1
Buat ayat daripada perkataan seru berikut;
  1. Aduh.
  2. Oh.
  3. Eh.
  4. Wahai.
  5. Cis.
Latihan 2
 Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat-ayat di bawah;
  1. Adiknya sakit.
  2. Kucing itu jinak.
  3. Gadis itu sangat cantik.
  4. Bangunan itu sungguh besar.
  5. Kaki adik terseliuh..
Latihan 3
Buat ayat tunggal/selapis daripada perkataan berikut;
  1. tumbang.
  2. gugur.
  3. menangis.
  4. berjalan-jalan.
  5. gembira.

Latihan BM



Latihan 1.
Buat 1 ayat tanya tanpa kata tanya.
Latihan 2
Buat ayat tanya yang menggunakan perkataan “berapa”, “bila”, “mana”, “kenapa”, “mengapa”.

Latihan 3.
Buat 1 ayat penyata.
Latihan 4.
Tandakan ( / ) pada ayat penyata dan ( X ) pada ayat-ayat lain yang diberikan di bawah ini.  

      1.Di manakah letaknya Menara Kembar Petronas?                                                          (     )
          2.Setiap kali musim perayaan Perhentian Pudu Raya penuh sesak dengan orang ramai. (     )
3.Fitri menaiki kereta siapa?                                                                                             (     )
      4.Sungai terpanjang di Semenanjung terletak di negeri Pahang.                                      (     )
      5.Usahlah awak bimbang tentang kesihatan anak saya.                                                   (     )
      6.Jemputlah hadirin sekalian menjamu selera.                                                                 (     )
      7.Kami sudah berjaya, cikgu!.                                                                                          (     )
      8.Sekolah Menengah Pemanis telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan   
         Dikir Barat peringkat negeri yang diadakan di Muar.                                                   (     )
      9.Janganlah kamu hendak menunjuk pandai di sini.                                                        (     )
    10.  Tolong ambilkan segelas air oren untuk saya.                                                             (     )

Isnin, 12 November 2012

Ayat Tunggal

Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.  Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat biasanya diakhiri dengan tanda noktah.
 Contoh Ayat: Subjek - pemuda itu         Perdikat - bekerja keras untuk menyara keluarganya.
              Ayat Lengkap: Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya.
Ayat boleh wujud dalam dua keadaan: 1. Ayat biasa - mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang. 2. Ayat songsang - mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.
              AYAT TANYA Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat ini dapat dikenali berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Terdapat dua golongan ayat tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat ini tidak mempunyai kata tanya. Ayat ini diucapkan dalam intonasi suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Ayat ini dilambangkan dengan tanda ( ? ) di akhir ayat.
Contoh; Ayat Penyata: Ayah mencuci kereta di hadapan rumah.
              Ayat Tanya: Ayah mencuci kereta di hadapan rumah?
              Ayat Penyata: Rumah Liza terletak jauh dari sekolah.
              Ayat Tanya: Rumah Liza terletak jauh dari sekolah?
              Ayat tanya dengan kata tanya. Ayat ini disertai dengan kata tanya ‘apa’, ‘berapa’, ‘siapa’, ‘bila’, ‘mana’, ‘mengapa’ dan sebagainya. Tanda soal diletakkan pada akhir ayat. Kata tanya boleh juga diimbuhkan dengan partikel “-kah”. Namun begitu, partikel “-kah” tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
Contoh: Ayat tanya tanpa imbuhan partikel “-kah” seperti berikut:
Pemuda kacak itu siapa? Ali belajar dengan siapa? Benda itu apa? Ani mengatasi masalah itu bagaimana?
Contoh: Ayat tanya dengan imbuhan partikel “-kah”seperti berikut:
Siapakah pemuda kacak itu? Dengan siapakah Ali belajar? Apakah benda itu? Bagaimanakah Ani mengatasi masalah itu?