Khamis, 6 Disember 2012

Perisian percuma yang bermanfaat

Pengintegrasian ICT dalam P&P adalah  satu usaha yang diperlukan tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Para guru harus bersifat kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teori -teori pembelajaran ke dalam program ICT. Oleh itu,para guru haruslah menimba segala maklumat baru terhadap program ICT dari semasa ke semasa. Produk yang hebat tanpa perhatian tidak akan dapat dimanfaatkan dengan berkesan.  Marilah kita berkongsi perisian percuma berikut:
  1. Puzzlemaker ialah perisian yang digunakan untuk guru, pelajar dan ibubapa menghasilkan carian perkataan ( word search ), silangkata ( criss-cross ), dan pelbagai lagi permainan berasaskan perkataan. Perisian ini dijalankan secara online dalam web Puzzlemaker . Bahan yang dihasilkan boleh dicetak dan diedarkan kepada pelajar.
  2. Perisian untuk membina teka silangkata percuma ialah EclipseCrossword. Perisian ini mudah digunakan dan boleh dicetak atau dipaparkan secara online di dalam blog atau laman web. Ianya amat sesuai untuk memantapkan ingatan dan pemahaman pelajar bagi soalan yang berbentuk fakta.
  3. HOT POTATOES adalah sebuah perisian percuma yang digunakan untuk membina soalan dalam pelbagai bentuk: Kuiz, isi tempat kosong, soalan objektif, dan teka silangkata. Ianya boleh digunakan oleh guru dalam proses P&P  sama ada secara bercetak atau online.
  4. Penukaran format fail kepada PDF secara percuma boleh menggunakan perisian CutePDF writer untuk menukar pelbagai format fail kepada PDF dalam beberapa saat sahaja. Install ke dalam PC dan guna fungsi print, pilih pencetak cutewriter, dan print. Maka terhasillah fail PDF.